Tentang Saya

Blogger merupakan anak jati kelahiran Cik Siti Wan Kembang yang merupakan insan biasa yang dapat melihat indahnya dunia ciptaan Tuhan pada 23 Mac 1992 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1412 H, hari Isnin.. :)


gambar hiasan : Dataran Quran @ Menara Rehal


Di negeri serendah sekebun bunga ini menjadi titik pertama penulis menuntut ilmu. Kemudian barulah mula bermusafir keluar negeri Kelantan demi mencari ilmu seperti sang musafir yang haus di padang pasir.

Jejak kaki ke negeri darul aman membawa seribu satu harapan untuk berjaya ke menara gading. Namun pada tahun 2011, ditakdirkan penulis sampai ke negeri darul iman pula untuk menjadi bakal murabbi, mudarris, mua'llim kelak...
Insha Allah :)



   <3        <3        <3        <3       <3        <3        <3




Dan disinilah tempat penulis menimba ilmu, pengalaman.... 
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGKDRI).



xoxo with <3

No comments :

cursor